Sejak mendirikan rumah tangga, kehidupan penyanyi Sissy Imann memang berubah ketara terutama bila melibatkan gaya hidup dan pemakanan harian.
Kalau dulu lebih bebas makan apa saja, kini semuanya lebih terkawal. Mana taknya, suami tersayang, Dr Zamir Hilman, sendiri seorang doktor, jadi secara tak langsung Sissy pun ‘terikut’ rutin hidup sihat yang diamalkan.
Teruskan MembacaAntara perubahan paling jelas, Sissy kini perlu kurangkan pengambilan gula dalam diet harian. Makanan berasaskan tepung juga tak lagi jadi pilihan utama, semuanya demi menjaga kesihatan jangka panjang.
Lebih menarik, Sissy turut berkongsi satu rutin yang mungkin buat ramai terkejut, makan telur setiap hari.
Menurutnya, pada awalnya dia agak kekok, lebih-lebih lagi bila nak sediakan hidangan lain tapi suami hanya mahukan telur. Bukan sedikit, malah boleh mencecah empat hingga enam biji dalam satu masa.
Namun lama-kelamaan, perkara itu jadi kebiasaan dan sebahagian daripada rutin harian mereka.
Difahamkan, suaminya juga dikenali sebagai ‘doktor telur’ dalam kalangan pesakit kerana sering mencadangkan telur sebagai sumber protein utama dalam diet sihat.
Walaupun perubahan itu nampak drastik, Sissy dilihat menerima dengan positif dan menganggap ia sebagai satu langkah ke arah kehidupan yang lebih baik.
Biasalah, bila kahwin dengan doktor, gaya hidup pun terus ‘auto upgrade’ jadi lebih sihat.
















