Pelakon cantik, Nelydia Senrose akhirnya berkongsi berita yang cukup menggembirakan selepas tujuh tahun menanti dia kini hamil cahaya mata pertama!
Menurut Nelydia, perjalanan untuk sampai ke tahap ini bukanlah mudah. Selama bertahun-tahun, dia dan suami tak pernah berhenti berdoa dan berharap untuk dikurniakan zuriat sendiri. Walaupun pelbagai ujian datang, dia tetap kuat dan terus positif.
Teruskan Membaca“Ini memang penantian tujuh tahun saya,” katanya, jujur tentang perjalanan penuh emosi yang dilalui.
Berita bahagia itu dikongsikan sempena ulang tahun perkahwinannya, buat momen tersebut lagi bermakna. Ramai peminat dan rakan selebriti turut tumpang gembira, membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik.
Untuk Nelydia, ini bukan sekadar berita gembira, tapi satu hadiah paling besar dalam hidupnya selepas sekian lama menunggu.
Akhirnya, doa yang tak pernah putus itu dimakbulkan juga, di waktu yang paling tepat. Begitulah aturan Allah.
















