Ramai panik hari ini bila akaun TikTok tiba-tiba ‘hilang’ atau kena ban tanpa warning. Isu ni terus jadi bualan hangat, lagi-lagi bila makin ramai kongsi pengalaman sama dekat media sosial.
Ada yang ingat kena hack, ada juga terus assume akaun kena delete terus. Tapi sebenarnya, ramai dalam industri termasuk pengurus MCN bagitahu benda ni besar kemungkinan berpunca daripada masalah teknikal sistem. Pihak TikTok sendiri pun dikatakan tengah usaha pulihkan akaun yang terjejas, tapi ambil masa sikit sebab berlaku secara besar-besaran.
Teruskan MembacaDalam masa sama, ada juga teori kata ini mungkin berkait dengan polisi baru yang makin ketat. Antaranya isu pengesahan umur, especially untuk pengguna bawah 16 tahun. Kalau tak lepas verification, memang ada risiko akaun kena sekat.
Selain tu, content yang jenis “over drama” untuk tarik simpati masa live, contohnya pura-pura sedih semata nak dapat gift, pun sekarang dah under radar. Polisi “manipulasi emosi” ni katanya antara sebab akaun boleh kena tindakan.
Bukan tu je, content AI tanpa label pun boleh jadi masalah. Kalau upload video guna AI tapi tak bagitahu, ia boleh dianggap mengelirukan audience. Lagi satu, akaun fake, beli followers, guna bot atau buat fake engagement pun tengah kena ‘sapu bersih’ sekarang.
Kes guna content orang lain tanpa izin, termasuk fan account, pun antara yang berisiko kena ban. Pendek kata, sekarang ni memang nampak macam TikTok tengah buat “spring cleaning” besar-besaran.
Walaupun belum ada statement rasmi setakat ni, pengguna dinasihatkan jangan panik. Simpan info penting macam UID akaun, dan kalau kena ban, boleh cuba buat rayuan ikut prosedur yang disediakan.
Apa pun, ini mungkin peringatan untuk semua supaya lebih alert dengan rules platform. Zaman buat content ‘asal viral’ nampaknya dah makin ketat sekarang.
















