Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah, baru-baru ini mencetuskan kebimbangan peminat apabila dilaporkan terjatuh dari tangga sehingga mengalami kecederaan di bahagian dahi.
Menerusi perkongsian yang tular, keadaan Didi dilihat agak serius apabila dahinya berlumuran darah sebelum dia segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Teruskan MembacaInsiden tersebut difahamkan berlaku secara tiba-tiba, dan membuatkan ramai yang terkejut melihat keadaan dirinya ketika itu. Namun begitu, setakat ini belum ada maklumat terperinci mengenai tahap kecederaan yang dialami.
Di ruangan komen, ramai peminat dan rakan selebriti tidak putus-putus mendoakan agar Didi berada dalam keadaan baik dan segera pulih seperti sediakala.
Apa pun, semoga Didi cepat sembuh dan kembali aktif macam biasa. Jaga diri baik-baik!















