“Asal Halal”, Amir Raja Lawak Tak Malu Jual Besi Buruk Cari Rezeki

Pelawak dan bekas peserta Raja Lawak, Amir Raja Lawak sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dilihat gigih mencari rezeki dengan menjual besi buruk sebagai pendapatan sampingan.

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, Amir dilihat turun padang sendiri mengangkat serta mengumpul barangan besi terpakai demi menambah pendapatan keluarga. Walaupun pernah dikenali dalam dunia hiburan, Amir tidak malu melakukan kerja tersebut selagi ia halal dan mampu memberi rezeki buat dirinya.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?