Pelakon dan personaliti media sosial, Intan Najuwa sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi momen istimewa majlis baby shower yang berlangsung dalam suasana serba manis dan elegan.
Menerusi perkongsian tersebut, Intan turut mengumumkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata perempuan kedua tidak lama lagi.
Teruskan MembacaMajlis yang diadakan secara sederhana tetapi penuh dekorasi lembut bernuansa feminin itu turut dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat bagi meraikan fasa baharu dalam kehidupan Intan dan suami.

Lebih mencuri perhatian, dekorasi bertemakan pastel dengan sentuhan mewah itu dilihat cukup menggambarkan keterujaan pasangan berkenaan menanti kehadiran ahli keluarga baharu.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat yang rata-rata teruja dan mendoakan agar segala urusan Intan dipermudahkan sehingga hari kelahiran nanti.
Nampaknya, keluarga kecil ini bakal bertambah seri dengan kehadiran seorang lagi puteri tidak lama lagi. Tahniah buat Intan sekeluarga!
















