Komen pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman di Threads menarik perhatian ramai selepas dia dilihat memberi reaksi terhadap hantaran bekas suaminya, Razzi Razak.
Dalam perkongsian tersebut, Norreen dipercayai membalas kenyataan Razzi yang menyifatkan dirinya sebagai wanita yang sukar digantikan, sekali gus mencetuskan pelbagai tafsiran dalam kalangan netizen.
Teruskan Membaca
Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi, dengan ada yang melihat ia sebagai sindiran halus, manakala sebahagian lain memilih untuk tidak terlalu membuat andaian.
Untuk rekod, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 21 Mei lalu selepas lebih sedekad mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
















