Pelakon dan penyanyi Izzue Islam menerima kejutan cukup istimewa daripada isterinya, Awin Nurin, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36 semalam.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Izzue dilihat terkejut dan teruja apabila menerima hadiah sebuah Nissan GT-R R35 daripada insan tersayang.
Teruskan MembacaApa yang lebih menarik, kereta sport berkenaan dibawa menggunakan lori pameran berkaca, menjadikan momen tersebut lebih eksklusif dan sukar dilupakan.
Dalam rakaman itu, wajah Izzue jelas menunjukkan keterujaannya sebaik sahaja melihat kenderaan mewah tersebut yang turut dihiasi dengan riben gergasi.
Bukan itu sahaja, sambutan kali ini turut menjadi lebih bermakna apabila pasangan berkenaan turut meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13.
Untuk rekod, Izzue dan Awin yang juga bertindak sebagai pengurusnya mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013 dan sehingga kini kekal sebagai antara pasangan selebriti yang sering mendapat perhatian ramai.
Sempena hari lahir dan ulang tahun perkahwinan sekali gus, hadiah GT-R itu sememangnya menjadi kejutan paling bermakna buat Izzue tahun ini.
















