Terkini

Selangor sedia jadi mediator bantu pemandu e-hailing

Kerajaan Selangor bersedia untuk menjadi mediator atau pengantara bagi membantu pemandu e-hailing yang berdepan masalah terutamanya membabitkan ketiadaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Amirudin berkata, kerajaan negeri terbuka untuk menjadi sekretariat yang boleh dirujuk untuk membela kebajikan golongan pemandu e-hailing itu.

“Tentang masalah pemandu-pemandu e-hailing yang membawa penumpang seperti Grab terutamanya, saya faham tentang masalah (yang dihadapi mereka) itu.

“Hal ini saya akan tekuni (teliti) dan cuba selesaikan sekali ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan pengendali-pengendali e-hailing (tidak lama lagi),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan penonton pada program Town Hall Rakyat Sinar Harian bersama beliau yang dihoskan selebriti, Azhar Sulaiman dan bersiaran secara langsung dari Kompleks Kumpulan Karangkraf, kelmarin.

Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan, sebagai Ahli Dewan Rakyat juga beliau akan memperjuangkan penggubalan akta untuk membenarkan pemandu e-hailing menubuhkan kesatuan demi memudahkan golongan itu membuat sebarang tuntutan berhubung kebajikan mereka.

Menurutnya, ia juga akan memudahkan perhubungan kerajaan dengan pekerja e-hailing kerana golongan terbabit juga merupakan penyumbang kepada pembangunan negara dan negeri.

Pelbagai

Scroll to Top