Selain daripada intipati Belanjawan 2024, penampilan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sangat menarik perhatian wargamaya.
Menerusi beberapa gambar dan video yang tular di media sosial, Anwar segak memakai baju melayu berona ungu lembut, lengkap bersampin dan bercapal. Beliau ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Teruskan MembacaBeliau tiba di perkarangan Parlimen sambil ditemani oleh dua Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong.
Selain penampilan, apa yang mencuri perhatian ialah, Ahli Parlimen Tambun itu dilihat memnimnit erat beg fail berwarna hitam bercorak ‘Arabesque’ untuk membawa dokumen Belanjawan 2024 yang dibentangkan.
Difahamkan, beg tersebut merupakan hasil kerja tangan sepenuhnya pengusaha batik tempatan berasal dari Kelantan, Khairul Aznan yang kini meneruskan legasi perusahaan tiga generasi keluarganya.
Khairul merupakan generasi ketiga yang meneruskan legasi batik milik keluarganya di negeri ‘Cik Siti Wan Kembang’.