Kebersamaan seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun dari segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook beliau pada Isnin, Perdana Menteri berkata, sambutan Hari Krismas kali ini diharap menjadi momentum untuk selalu mencintai, mengasihani dan menebar kebaikan sesama insan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat.
Teruskan Membaca“Semoga sambutan Krismas tahun ini terus membawa kegembiraan, kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara dan rakyat Malaysia,” katanya dalam perutusan Hari Krismas 2023.
Hari Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. – Bernama
Baca juga: