Penganggur dipenjara enam tahun, satu sebatan rompak RM50

Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana merompak wang tunai RM50 milik seorang lelaki di sebuah tempat letak motosikal dengan menggunakan sebilah pisau, minggu lalu.

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu selepas M Krishnamurthi, 49, mengaku bersalah merompak Chai Fuh Chang, 43, di tempat letak motosikal MRT Jinjang di sini pada 11.55 pagi, 7 Disember lalu.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?