PERKHIDMATAN pengangkutan awam seperti rangkaian rel dan bas Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi sehingga 1.30 pagi bersempena sambutan ambang Tahun Baharu 2024.
Operasi tersebut memberikan kemudahan buat masyarakat yang bakal menghadiri sambutan itu sekitar kawasan bandar utama.
Teruskan MembacaMemetik laporan Kosmo!, Rapid KL memaklumkan pelanjutan operasi tersebut melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL.
Manakala, bagi laluan darat, tiga Stesen Rapid Bas Transit (BRT) dan laluan bas Rapid KL serta perantara MRT.
Katanya, terdapat beberapa kawasan aliran yang terlibat dengan pelanjutan masa operasi ini.
Terutamanya, stesen-stesen LRT, MRT, Monorel KL dan BRT seperti Laluan Kelana Jaya: KLCC, Masjid Jamek. Seterusnya, Laluan Ampang/Sri Petaling: Masjid Jamek, Bandaraya, IO Puchong Jaya dan Maluri. — KL VIRAL
Baca juga: