Terkini

Wanita cedera dilanggar tren

Seorang wanita berusia 30an cedera akibat dilanggar tren komuter di Stesen Komuter Putra, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.58 pagi.

Katanya, seorang pemanggil memaklumkan terdapat seorang mangsa dilanggar oleh tren komuter.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rahmad Hj Roslan, wanita berkenaan telah menceroboh kawasan terbabit seterusnya terjun ke landasan komuter.

“Mangsa difahamkan cuba untuk bunuh diri dan dilanggar oleh tren komuter.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul berjaya mengeluarkan mangsa pada pukul 11.20 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, mangsa mengalami kecederaan di kepala kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top