PERSONALITI manusia terbahagi kepada tiga kategori iaitu introvert, extravert dan ambivert. Golongan introvert lebih cenderung untuk berdiam diri dan memerlukan masanya sendiri.
Gelaran ‘si pendiam’ sering dikaitkan dengan golongan introvert ini kerana, malu untuk berinteraksi dengan kelompok yang baharu. Malah, aktiviti yang sering dilakukan adalah membaca, menulis dan melukis. Jelas bahawa mereka memilih aktiviti yang kurang menggunakan komunikasi.
Teruskan MembacaDengan itu, KL VIRAL menyenaraikan 5 aktiviti menarik buat si pendiam untuk mengisi masa lapang:
1. Aktiviti mengait (Knitting)

Meskipun aktiviti ini sering dikaitkan dengan hobi bagi orang yang sudah berusia tetapi ianya bagus untuk mengisi masa lapang anda. Hasil mengait juga membuatkan anda berasa puas hati dan gembira. Contohnya, baju sejuk, beg, topi dan pelbagai lagi.
2. Aktiviti memasak/membakar (Baking)

Aktiviti ini memerlukan kesabaran yang tinggi tetapi tidak untuk golongan pendiam kerana ia adalah terapi untuk mengekalkan minda yang cerdas dan kreatif.
3. Kandungan kreatif media sosial (Social Media Creative Content)

Bagi golongan yang pendiam dan malu untuk berinteraksi secara berhadapan, medium ini boleh membantu anda untuk terus berinteraksi tentang kegemaran anda seperti hasil penulisan, lukisan atau perkara yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama pengikut anda di media sosial.
4. Berkebun

Tumbuh-tumbuhan sememangnya dapat menyejukkan hati kita sekali gus baik untuk minda dan fizikal serta mendidik hati menyayangi alam sekitar.
5. Sukan larian (Jogging)

Sukan larian (jogging) memang tidak asing lagi bagi setiap lapisan masyarakat kerana aktiviti ini dapat mengimbangi kesihatan hormon dan tubuh badan.
Selamat mencuba rakan introvert! — KL VIRAL
Baca juga: