PENDIRIAN teguh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengambil gaji sehingga ekonomi negara pulih sepenuhnya.
Anwar selaku Menteri Kewangan juga berkata, pendirian tersebut masih kekal dalam kalangan Jemaah Menteri Kabinet.
Teruskan Membaca“Pemotongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan bagi yang lain (Jemaah Menteri) juga turut kekal bersama pendirian itu setakat ini.
“Sejujurnya saya memang tidak akan mengambil gaji demi pemulihan negara kita. Dan ketika ini baru ada sedikit perubahan dari segi ekonomi, tetapi masih belum boleh lagi (ambil gaji),” katanya.
Selain itu, Anwar berkata dalam sidang media Program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 baru- baru ini, beliau masih kekal dengan pendiriannya untuk tidak mengambil gaji ketika menyandang jawatan Perdana Menteri sejak November 2022.
Langkah tersebut menyifatkan sebagai satu langkah pertama dalam menarik keyakinan rakyat terhadap daya kepimpinannya.
Sebelum ini, perkembangan tentang pelantikan Ktua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baru akan segera diputuskan.
Anwar berkata, beberapa nama telah dicalonkan, perlu memenuhi beberapa proses bertujuan untuk pelantikan baru.
Susulan berkenaan pelantikan CEO terdahulu, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah dipilih sebagai Menteri Kewangan II semasa rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan 12 Disember lalu, menyebabkan jawatan sebagai CEO KWSP masih kosong.
Baca juga: