Perginya ‘syurga’ buat penyanyi Khai Bahar, khabar duka pemergian ibunya, Rosnah Muhammad, 62 memberikan tamparan hebat dalam hidupnya dan berita tersebut dikongsikan menerusi Instagram story miliknya pada pagi Rabu.
Memetik laporan Astro Awani, ibunya yang berada di Perlis telah meninggal dunia dan dimaklumkan oleh pengurusnya bernama Jai.
Teruskan MembacaDifahamkan, proses pegebumian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa serta memohon doa dari semua buat arwah, semoga semuanya dipermudahkan.
Kehadiran jenazah dianggar tiba di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, Kangar selepas solat Zohor pada hari kejadian.
Sebelum ini, Khai pernah berkongsi tentang keadaan kesihatan ibunya yang kurang baik akibat sakit buah pinggang dan beberapa komplikasi pelbagai penyakit.
Oleh yang demikian, walaupun mempunyai jadual yang cukup padat dan kekurangan waktu bersama, Khai memilih untuk lebih fokus untuk menjaga ibunya dengan sedaya upaya sering pulang ke Perlis.
Baca juga: