Terkini

Jangkaan 8 ahli pembangkang sokong Anwar Februari depan

JANGKAAN seramai lapan ahli parlimen pembangkang akan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sesi sidang Dewan Rakyat pertama pada Februari depan.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, perkara tersebut dijangkakan berlaku serta ditunggu tentang apa yang bakal berlaku pada 26 Februari depan.

“Mereka ambil pendekatan untuk tunggu sebab Parlimen akan bersidang pada 26 Februari nanti, baru aktiviti (alih sokongan) itu bermula kembali.

“Ia dianggarkan membabitkan tujuh hingga lapan orang Ahli Parlimen. Ketika ini, mereka tengah tunggu dan lihat apa akan berlaku sepanjang dua bulan ini,” katanya dipetik daripada laporan Kosmo!.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi pada 6 Januari, pagi Sabtu.

Dalam pada itu, Syed Abu Hussin berkata, tujuan peralihan sokongan daripada lapan ahli parlimen tersebut dipercayai bahawa ingin mendapatkan peruntukan daripada pihak kerajaan.

Sebelum ini, Syed Abu Hussin terdiri daripada lima ahli parlimen yang beralih sokongan kepada Anwar. Antara yang memulakan peralihan sokongan tersebut ialah Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan diikuti oleh Syed Abu Hussin Hafiz sendiri.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top