PEMIMPIN politik wajar menunjukkan contoh teladan baik dengan tidak kelirukan golongan belia atau muda dengan sentimen politik yang bukan-bukan.
Perlu berkempen beri kebaikan untuk beliau |
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim berkata, ahli politik ada tanggungjawab peribadi dalam memberi pengalaman bermanfaat kepada golongan muda bagi menarik mereka untuk mengambil tahu isu politik yang berkaitan kepentingan negara.
Teruskan Membaca“Pemimpin politik ini berkempen perlu memberi kebaikkan dan manfaat khususnya kepada golongan belia. Jangan kelirukan golongan muda ini dengan sentimen politik yang bukan-bukan
“Jangan kali pertama nak undi (orang muda) ini terjebak dengan perkara-perkara tidak sihat politik bersifat tohmahan, kasar, caci maki dan sebagainya yang mengelirukan mereka,” katanya.
Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata begitu kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri Perlis pada Sabtu.
Sementara itu, Adam Adli berkata, golongan belia perlu bijak menggunakan peluang dalam PRN membabitkan enam negeri akan datang.
Mereka jelasnya gunakan kesempatan tersebut dengan memilih kerajaan negeri yang sesuai dengan keperluan kehidupan mereka.
“Golongan belia dengan sikap yang kritikal boleh membuat perbandingan yang sihat dalam memilih dalam PRN tidak lama lagi,” tambahnya.
Pada majlis tersebut, Adam Adli memaklumkan mengenai kelulusan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk menaik taraf litar motorcross di Sungai Batu Pahat di sini.
Beliau turut memaklumkan Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Kerja Raya sedang melaksanakan projek naik taraf infrastruktur stadium utama Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra termasuk pembinaan trek balapan baharu bernilai RM8 juta.
Di bawah projek sama, kementerian juga meluluskan peruntukan untuk membina baharu padang bola sepak sintetik di dalam kompleks berkenaan dengan nilai RM3.8 juta.
Selain itu, Kompleks Kolam Renang negeri yang telah ditutup untuk kerja-kerja naik taraf lebih setahun lalu jelasnya dijangka dibuka semula untuk kegunaan awam pada Ogos ini dengan warga Perlis diberi peluang menggunakan kemudahan di kompleks ini secara percuma selama dua minggu.