PETALING JAYA : Tak perlu lagi bersesak-sesak atau beratur panjang! Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini guna sistem undi atas talian yang bukan je jimat masa, tapi juga dikatakan sangat selamat.
Menurut pakar keselamatan politik, Dr Noor Irwandy Mat Noordin, sistem ni bukan main-main ia lengkap dengan pelbagai ciri keselamatan untuk pastikan undi ahli tak boleh diceroboh atau dimanipulasi.
Teruskan Membaca“Ini satu inovasi baru yang bantu ahli mengundi dari mana-mana, tanpa perlu datang secara fizikal. Tapi keselamatan tetap jadi fokus utama,” katanya.
Beliau juga jelaskan, PKR memang kawal sendiri sistem ni dan ikut struktur dalaman yang teliti. Jadi, tak perlu risau sangat soal ketelusan.
Yang bestnya, undi online ni jimat kos, jimat masa dan semua orang dari seluruh negara boleh join. Walaupun ada orang risau pasal manipulasi, pakar kata sistem ni dah dilengkapi dengan pelbagai lapisan sekuriti. Mantap!