Penjaja stimbot di sekitar Jalan Haji Hussein dan Jalan Ampang (berhampiran dengan LRT Ampang Park) diserbu Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) buat kali kedua.
Kesemua penjaja yang berkenaan dikenakan tindakan atas kesalahan Aktiviti Penjaja Tanpa Lesen dan Penjaja Warga Asing pada Isnin.
Teruskan MembacaMenurut kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Titiwangsa menjalankan operasi tersebut secara mengejut.
“Tindakan khas ini dibuat secara mengejut melalui pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti perniagaan dan penjajaan seperti penjaja makanan, minuman dan lain-lain aktiviti yang membuat kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen, salah guna lesen, halangan tred perniagaan di tempat awam dan penjaja warga asing.
“Melalui tindakan khas yang dijalankan, DBKL membuat enam tindakan sita dan pindah barangan atau peralatan yang diletakkan di tempat awam terhadap pemilik restoran atau gerai, penjaja tanpa lesen warga negara dan penjaja tanpa lesen warga asing menerusi kesalahan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Tambah DBKL, antara peralatan yang disita adalah kerusi meja, payung lipat, skuter elektrik dan lain-lain.
Barangan dan peralatan yang disita, dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk rekod penyimpanan sementara dan dokumentasi. — KL VIRAL
Baca juga: