Terkini

‘Yang bercakap begitu mungkin bukan penyokong Nana..’ – Siti Nordiana tetap positif biarpun dikatakan ‘penyanyi kampung’

BINTANG yang sudah lebih dua dekad bertapak kukuh sejak tahun 1999, Siti Nordiana Alias atau lebih mesra dipanggil Nana, tidak ‘melatah’ dengan kritikan orang terhadap karier nyanyiannya.

Nana kekal profesional dalam mengendalikan cemuhan atau kritikan yang diterima mengatakan dia hanya penyanyi biasa dan tidak setaraf dengan penyanyi tanah air yang lain.

Pelantun lagu Memori Berkasih itu berkata, dia tidak mempunyai hak apa-apa untuk memberhentikan segala kritikan yang keluar daripada mulut orang lain.

“Bagi Nana, mulut orang kita tak boleh nak tutup dan masing-masing ada artis kesukaan masing-masing. Nana pun berada dalam industri bukan sehari dua, dah 25 tahun dalam industri muzik.

“Mungkin yang bercakap tu bukan penyokong Nana sebab penyokong Nana, mereka sanagt menhargai Nana sebagai seorang penyanyi dan tak kira lagu apa pun yang dibawa, mereka tetap akan sokong. Itulah definisi peminta setia Nana.

“Bagi yang kurang minat dengan nyanyian Nana, saya minta maaf dan mereka boleh cari penyanyi kesukaan mereka yang lain,” katanya kepada KL VIRAL ketika ditemui di sidang media pelancaran Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana baru-baru ini.

Sebelum ini, gambar Nana berbusana pengantin tular di media sosial dan ramai menganggap Nana bakal melangkah ke alam perkahwinan.

Ternyata, ia adalah konsep yang bakal dibawakan ke konsert perdana yang pertamanya pada 11 May tahun ini di Zepp Kuala Lumpur.

Pembelian tiket boleh layari www.ticket2u.com.my dan pembelian tiket hotline atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi 012-6530 700.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top