Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Operasi Tindakan Bersepadu Meroboh Struktur Kekal dan Struktur Tambahan Tanpa Kelulusan di Jalan Jejaka, Tman Maluri Cheras dan Kampung Baru Air Panas, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.
Tindakan penguatkuasaan di Kampung Baru Air Panas, DBKL telah merobohkan sebuah struktur kekal (tanpa kelulusan) dan membuat tindakan sita pindah barangan perniagaan melibatkan kedai bergerak (stall) peniaga burger, meja dan khemah.
Teruskan MembacaSementara itu, tindakan di Jalan Jejaka, Taman Maluri pula, DBKL telah merobohkan dua unit premis perniagaan yang membuat struktur binaan sambungan tambahan (awning) tanpa kelulusan dikawasan awam.
Baca juga: Kuala Lumpur, Putrajaya rekod kemurungan, obesiti tertinggi
DBKL turut membuat tindakan sita pindah halangan sembilan buah stall peraga dan satu dapur gas milik restoran yang berada di laluan awam serta menunda dua buah kenderaan yang membuat halangan lalu lintas semasa operasi dijalankan.
Pada 28 Februari lalu, DBKL telah mengeluarkan lima notis penguatkuasaan dan tawaran kompaun terhadap lima buah premis sekitar Jalan Jejaka.
Selain itu, pada 28 November 2023, DBKL memberikan notis pengosongan untuk pemilik-pemilik premis yang berniaga sendiri namun, hanya 3 premis akur dengan notis yang telah diberikan.
Baca juga: DBKL sita barangan premis perniagaan di Taman Maluri
Susulan itu, DBKL melaksanakan tindakan menerusi kesalahan dibawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 membina atau mendirikan atau membuat halangan ditempat serta kawasan awam.
Operasi bersepadu berjalan dengan lancar dengan kerjasama padu dari semua pasukan agensi yang terlibat seperti Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Setiawangsa, Pejabat Cawangan Titiwangsa, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar serta pasukan agensi sahabat terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, RELA dan Air Selangor Sdn Bhd.
Oleh itu, operasi akan diteruskan di kawasan 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. — KL Viral