SETELAH dihujani dengan pelbagai kecaman, pelakon Sharnaaz Ahmad, 38, menegaskan kekasihnya atau mana-mana wanita yang ingin mendekatinya tidak boleh mempunyai perasaan cemburu terhadap bekas isterinya iaitu Noor Nabila.
Bapa anak satu ini juga berkongsi bahawa dia sering menjelaskan perkara tersebut sebelum menjalinkan hubungan istimewa bersama mana-mana wanita lain.
Teruskan MembacaBaca juga: Tahap kesihatan semakin pulih, Raja Harald V bakal pulang ke Norway
“Saya dah pernah cakap benda ni dekat siapa pun yang ingin berkawan dengan saya adalah satu manusia dia tidak boleh cemburu (Nabila).
“Itu pertama sekali saya cakap kepada Amelia, kepada teman wanita saya yang sebelum ini pun saya cakap benda yang sama.
“Perempuan lain kalau nak marah boleh, tapi Nabila tak boleh marah, sebab dia adalah mak kepada anak saya. Jadi kalau saya selalu bercakap, berjumpa atau mesej dengan dia (Nabila) tak perlu cemburu.
Baca juga: PM terima kurnia Agong
“Kalau cemburu dengan dia (Nabila) maknanya kau ada masalah bila aku menguruskan anak aku, setakat ini Alhamdulillah, tiada yang berani cakap,” katanya.
Terdahulu, Sharnaaz pernah tampil menjawab hubungan dakwaan hubungan cintanya bersama aktres jelita, Amelia Christie terlerai selepas dikatakan masing-masing sudah saling tidak mengikuti di Instagram. — KL Viral