JABATAN Wilayah Persekutuan (JWP) beri sumbangan wang tunai berjumlah RM1.102 juta kepada 2,204 bakal jemaah haji di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, sumbangan tersebut merupakan salah satu inisiatif di bawah flagship Ihsan @ PUJI.
Teruskan Membaca“Wang berjumlah RM500 bagi setiap jemaah ini akan dikreditkan terus ke akaun Tabung Haji jemaah bagi meringankan beban jemaah untuk mengerjakan rukun Islam kelima ini,” katanya menerusi satu hantaran di facebook miliknya.
Pada majlis penyerahan sumbangan itu, Dr Zaliha turut menitipkan beberapa peringatan kepada jemaah haji.
“Saya singgung nasihat agar para jemaah sentiasa menjaga kesihatan. Saya turut memohon para jemaah untuk sentiasa mendoakan agar negara kita, Malaysia, terus dilimpahi keamanan dan kesejahteraan,” katanya.
Justeru itu, beliau turut mendoakan agar mereka dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna.
Baca juga: