AKSI penerjun dari Filipina, John Elmerson Fabriga pernah melakukan satu terjunan gagal ketika Sukan Sea Singapura pada tahun 2020.
Video tular terjunan atlet tersebut menjadi bualan ramai, bukan sahaja kerana kegagalan membuat terjunan sempurna malah, reaksi mukanya ketika melakukan terjunan cukup membuatkan netizen geli hati.
Teruskan MembacaVideo tular yang berdurasi 28 saat di aplikasi X, memaparkan Elmerson Fabriga sedang bersedia untuk melakukan terjunan.
Pada permulaannya, semua berjalan dengan lancar namun pada pertengahan video, Elmerson dikatakan tersilap langkah lalu ‘menghentam’ permukaan air kolam renang tersebut dengan bahagian belakangnya.
Sekali gus, terjunannya gagal dan atlet berkenaan memperoleh markah kosong daripada ketujuh-tujuh juri dalam acara itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengimbau kembali bagaimana reaksi penerjun itu malah, penerjun itu sendiri turut terhibur dengan video tular tersebut.
“Selepas dari kejadian itu, penerjun itu sendiri yang kata dia juga terhibur dengan aksi terjunannya. Walaubagaimanapun, ini adalah pengalaman pertama gagal sebagai penerjun dan bukan saya seorang sahaja yang pernah gagal seperti ini.
“Saya juga sanga bangga dapat wakilkan negara saya sendiri (Filipina). Tapi biar saya tanya awak semua, bolehkah awak semua tersenyum selepas kejadian memalukan ini berlaku?” kata Elmerson.
“Saya akan bagi separuh markah sebab hadir lakukan terjunan,” kata Juvany Georges.
“Yang penting, dia bagi seluruh dunia gembira kerana ketawa dan lebih daripada itu,” kata Model Otters.
Dalam pada itu, media melaporkan pada Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur berlangsung, kelibatnya tidak kelihatan bagi mewakili negara Filipina.
Sementara itu, media melaporkan bahawa bukan sahaja John Elmerson Fabriga sahaja yang mendapat markah sebegitu tetapi, rakan seperjuangannya iaitu John David Pahoyo juga mendapat markah yang sama kerana kegagalan menyempurnakan ‘lipatan’ terjunan pada ketika itu.
Baca juga: