Oleh: Haikal Tajuddin
AKHIRNYA, penantian yang dinanti-nantikan oleh peminat kumpulan terkenal Korea Pop (K-pop), BTS terjawab setelah salah seorang anggota kumpulan itu, J-Hope, disahkan sudah tamat perkhidmatannya sebagai seorang tentera.
Teruskan MembacaDipercayai, perkhidmatannya itu mengambil tempoh lapan bulan sehingga menimbulkan perasaan rindu dalam kumpulan peminatnya yang dikenali sebagai Army.
Namun begitu, J-Hope menaikkan kembali senyuman Army sewaktu keluar dari pangkalan tentera di Wonju, Wilayah Gangwon.
Bukan sahaja Army, malah kepulangan J-Hope juga turut disambut dengan sejambak bunga yang dibawa oleh salah seorang ahli tertua BTS iaitu Jin.
Ketibaan J-Hope sewaktu di hadapan pintu utama pangkalan tersebut bukan sahaja menjadi perhatian kepada peminat di Korea sahaja, malah peminat secara maya juga tidak henti-henti memaparkan keterujaan terhadap idola mereka itu.
“Selamat kembali J-Hope. Tidak tahu kenapa rasa nak menangis tengok J-Hope keluar dari pintu itu tadi,” komen Arijeta dalam aplikasi TikTok.
“Terlihat dari senyuman J-Hope, nampak sangat tenang. Selamat kembali pulang matahari saya,” balas isnawaty.
“Akhirnya dia dah habis. Kami sedang menunggu lagi lima orang ahli lagi,” kata Stargezer.
Terdahulu, sekitar tahun 2020, Korea Selatan meluluskan pindaan akta bagi membenarkan ahli kumpulan K-pop terkemuka seperti BTS untuk melanjutkan usia maksimum perkhidmatan ketenteraan wajib kepada 30 tahun.
Pindaan kepada Akta Khidmat Tentera itu bertujuan memberi kemudahan kepada bintang mega K-pop terkemuka dunia yang banyak menyumbang kepada kebudayaan dan ekonomi negara.
Pada Jun 2022, BTS yang dianggotai oleh J-Hope, Jin, RM, Jimin, V dan Jungkook mengumumkan kumpulan itu bakal berehat daripada sebarang aktiviti kerana perlu berkhidmat sebagai tentera.
Namun begitu, Suga yang juga merupakan salah seorang ahli anggota BTS kini berada dalam siasatan kerana dilaporkan menunggang skuter dalam keadaan mabuk. — KL Viral
Baca juga: