KUALA LUMPUR – Tular baru-baru ini, tindakan segelintir individu yang sanggup ambil tanah dari pusara Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman kononnya untuk cari ‘berkat’.
Lebih mengejutkan, ada yang siap sapu ke muka dengan harapan konon nak dapat ‘kuasa luar biasa’.
Teruskan MembacaPerbuatan pelik ini bukan saja cetus kecaman netizen, malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pun turut bersuara.
“Tanah kubur bukan tempat cari berkat atau populariti,” tegas beliau.
Dr Mohd Na’im menegaskan, perbuatan itu bukan sahaja langgar adab terhadap orang yang telah meninggal dunia, malah boleh jatuh ke perbuatan khurafat dan syirik.
“Islam ajar kita supaya hormat orang yang telah pergi, dan kawasan kubur adalah tempat untuk insaf, bukan tempat cari benda-benda pelik,” katanya.
Tambah beliau, kalau amalan itu disertai dengan keyakinan bahawa tanah tersebut ada ‘kuasa istimewa’, ia boleh membawa kepada penyimpangan akidah.
Beliau turut puji tindakan tegas dan berhemah oleh keluarga Allahyarhamah yang mengambil pendekatan matang dalam isu ini.
Tidak ketinggalan, beliau juga sokong langkah pihak berkuasa agama yang kini perketat pemantauan di kawasan perkuburan supaya perkara macam ini tak berulang.
“Sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang paling benar, bukan yang paling popular,” tambah beliau lagi, memberi peringatan buat semua.
Di akhir kenyataan, Dr Mohd Na’im mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan keluarga diberi ketabahan.
👉 Sama-sama kita elakkan amalan khurafat. Jaga akidah, jaga adab.
👉 Pernah jumpa kes pelik macam ni? Kongsikan di ruangan komen!















