Terkini

Penjual buah mati ditikam depan rumah

Empat lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang penjual buah ditemui mati ditikam di hadapan sebuah rumah dua tingkat di Taman OUG, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.40 malam.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis pergi ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa adalah seorang lelaki tempatan berusia 80 tahun bekerja sebagai penjual buah.

“Kami menemui beberapa kesan tikaman di bahagian badan dan mukanya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, saksi yang merupakan penyewa rumah memaklumkan mangsa kerap datang ke rumah tersebut yang dijadikan tempat menyimpan stok buah-buahan, sebelum menjualnya di pasar pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pelbagai

Scroll to Top