Pendengaran rayuan Siti Bainun ditangguh ke 30 Januari

Pendengaran rayuan Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi di sini terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan ke 30 Jan depan.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan tarikh itu selepas peguam Haijan Omar mewakili Siti Bainun, pengasas Rumah Bonda, memohon penangguhan berikutan nota keterangan saksi pembelaan kelapan belum lengkap.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?