CYBERJAYA: Malaysia Bebas Rokok? Bunyinya macam mustahil… tapi percaya atau tidak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yakin impian ini boleh jadi kenyataan menjelang tahun 2040!
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, negara kita sedang berada di landasan yang betul untuk capai visi besar ini.
Teruskan MembacaTapi katanya, semua ni takkan jadi tanpa sokongan padu daripada rakyat dan dasar yang kukuh demi kesihatan awam.
Apa KKM Tengah Buat?
✔️ KKM baru je lancarkan Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan 2025–2030.
✔️ Malaysia berjaya bawa Resolusi Kesihatan Paru-Paru ke Persidangan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA) di Geneva – dan WHO pun dijangka akan terima resolusi ni!
✔️ Usaha keras ni bukti kita tak main-main bab kesihatan.
“Kalau nak capai Malaysia Bebas Rokok, semua pihak kena main peranan dari pemimpin sampai ke rakyat biasa.
“Kita kena pegang teguh pada dasar yang jaga kesihatan dan masa depan negara,” tegas Dr Dzulkefly.
KKM ambil pendekatan menyeluruh – dari kanak-kanak sampai warga emas, dari pelajar universiti sampai pekerja industri. Semuanya diajak bersama perangi rokok.
Malah, usaha ni juga libatkan:
● Agensi kerajaan
● NGO
● Universiti
● Rakan antarabangsa
● Komuniti setempat
“Kita dah mula dengan dasar dan kempen berasaskan bukti, belas ihsan dan demi masa depan Malaysia,” tambah beliau.
So, Apa Korang Boleh Buat?
🛑 Jangan merokok
📢 Sebar info sihat
👨👩👧👦 Lindungi keluarga dari asap rokok
🤝 Sertai kempen dan komuniti sokong gaya hidup sihat
Kalau semua rakyat main peranan, tak mustahil Malaysia bebas rokok akan jadi kenyataan dalam 15 tahun lagi!