Awal pagi tadi, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim sempat berbual terus dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Topik? Bukan biasa-biasa, isu serantau dan ekonomi negara.
Trump tak lokek puji. Dia kagum dengan peranan Malaysia yang berjaya jadi pendamai antara Thailand dan Kemboja. Menurut Anwar, itu petanda suara Malaysia makin kuat dalam arena diplomatik.
Teruskan MembacaYang paling menarik, mereka juga bincang soal tarif dagangan. MITI dah lama kerja keras runding dengan wakil US, dan akhirnya, Trump bersetuju untuk semak semula kadar tarif ke atas Malaysia. Keputusan rasmi mungkin diumumkan SEAWAL esok.
Kalau betul jadi, ini berita besar untuk ekonomi negara. Potensi eksport Malaysia boleh naik, dan pelabur pun makin yakin.
Tak cukup dengan tu, Trump juga sahkan kehadiran ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di KL Oktober nanti. Bukan selalu Presiden US datang Malaysia, tau!
Reaksi netizen pun dah mula panas, ada yang kata Malaysia dah capai “international respect level”.
Apa pun, semua mata kini tertumpu pada pengumuman esok. Mungkin inilah salah satu detik penting dalam sejarah diplomasi dan ekonomi negara.