ROM, Itali – Tak peduli kecaman, tak gentar dengan kritikan! Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan Kerajaan MADANI tetap akan buat keputusan sukar walaupun tak popular… asalkan demi kebaikan rakyat!
Dalam sesi ramah mesra bersama diaspora Malaysia di Itali, Anwar akui langkah macam rasionalisasi subsidi dan pelarasan tarif memang pahit… tapi wajib dibuat kalau nak selamatkan ekonomi negara untuk jangka panjang.
Teruskan Membaca“Dulu ramai PM cakap nak tarik subsidi orang asing… tapi cakap je, tindakan tak ada. Sekarang kita buat betul-betul,” katanya dengan nada tegas.
Anwar juga janji, hasil penjimatan dari langkah berani ni takkan hilang entah ke mana… sebaliknya akan disalur balik kepada rakyat dalam bentuk sekolah baru, universiti baru, hospital baru. Pelaburan besar untuk generasi masa depan.
Dalam nada penuh semangat, Anwar ingatkan rakyat Malaysia di luar negara…
“Anda semua duta negara. Teruskan bina ilmu, kemahiran, rangkaian… supaya satu hari nanti boleh balik dan sumbang untuk tanah air.”
Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan beberapa menteri kanan lain yang ikut serta dalam lawatan rasmi Perdana Menteri ke Itali.