Pelakon terkenal, Fathia Latiff, membuat satu pendedahan mengejutkan apabila mengakui dirinya kini berada pada tahap paling rendah dalam kehidupan selepas menjalani beberapa prosedur kecantikan, termasuk suntikan filler pada wajah.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Fathia atau nama penuhnya, Nur Fathia Abdul Latiff, meluahkan rasa kecewa terhadap perubahan pada wajahnya yang membuatkan beliau seakan-akan tidak lagi mengenali diri sendiri setiap kali melihat cermin.
Teruskan MembacaMenurut pelakon drama Menanti Februari itu, beliau kini hilang semangat untuk berhias atau berpakaian kemas, malah sering berasa seolah-olah tidak dikenali orang ramai ketika berada di khalayak.
Fathia turut mengakui bahawa prosedur filler tersebut dilakukan atas niat untuk mencantikkan wajah, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan — malah lebih mendatangkan kesedihan daripada kegembiraan.
Lebih menyayat hati, Fathia berkongsi bahawa beliau turut berasa terluka kerana sering menerima kecaman serta diperlekehkan oleh individu sekeliling hanya kerana perubahan pada penampilannya.