Penyanyi popular kelahiran Sarawak, Hafiz Suip, 35, mengesahkan bahawa beliau telah bercerai dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, dengan talak satu pada 29 Mei lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam.
Menurut Hafiz, keputusan untuk berpisah dibuat secara tenang dan penuh persefahaman demi menjaga kebajikan anak-anak mereka yang masih kecil.
Teruskan Membaca“Saya secara rasmi sudah bercerai dengan talak satu. Buat masa ini, anak-anak berada di bawah jagaan bekas isteri. Saya percaya seorang ibu ialah tempat terbaik untuk mereka. Saya tidak mahu memanjangkan isu hak penjagaan kerana yang paling penting ialah kesejahteraan anak-anak,” katanya seperti dipetik daripada sebuah portal berita.
Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua orang anak lelaki, iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5.
Walaupun perkahwinan mereka telah berakhir, Hafiz menegaskan bahawa hubungan baik tetap dikekalkan bersama bekas isteri demi memudahkan urusan yang melibatkan anak-anak.