PETALING JAYA – Lawatan Perdana Menteri ke luar negara bukan sesi ‘jalan-jalan cari makan’, tapi misi besar untuk bawa pulang pelaburan dan buka peluang ekonomi baharu untuk rakyat Malaysia.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi ‘menempelak’ tuduhan pembangkang yang dakwa lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar gaya pemimpin “berminda kecil”.
Teruskan Membaca“Ini bukan suka-suka. Ini diplomasi ekonomi dan geopolitik – kita ke luar negara untuk tarik pelabur, buka pasaran baru, dan perjuang suara negara membangun di platform antarabangsa seperti BRICS,” tegas beliau.
Ahmad Farhan dedah, hasil pendekatan agresif diplomasi Anwar, pelaburan yang diluluskan melonjak hampir 15% (RM378 bilion), manakala nilai dagangan negara cecah RM2.88 trilion – naik 9.2% tahun lalu!
Bukan itu saja — rundingan FTA dengan EU disambung semula, dan perjanjian baharu dengan negara-negara EFTA turut dimeterai.
“Malaysia ni ekonomi terbuka. Bila PM aktif di pentas global, kita buka lebih banyak pintu untuk syarikat tempatan. Ini strategi, bukan percutian,” tambahnya.
Farhan juga sindir balik pembangkang yang menurutnya hanya tahu komplen tanpa idea membina.
“Zaman korang dulu? Lemah, tiada arah. Macam ‘belalang di tepi lautan’ – kecil, tak relevan.”
Akhir sekali, beliau pesan — rakyat hari ini bukan mudah termakan dakyah politik sempit.
“Rakyat tahu beza siapa yang kerja sungguh-sungguh, dan siapa yang siang malam tabur tohmahan. Cukup-cukuplah politik tanpa hikmah,” katanya sinis.