PARIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama rakan sejawatnya François Bayrou hari ini menyaksikan pertukaran dokumen penting melibatkan pertahanan, ekonomi & teknologi antara Malaysia dan Perancis.
Antara yang menarik:
🔋 Industri Nadir Bumi Meletup!
Malaco Mining dari Malaysia tandatangan MoU dengan syarikat Perancis, Carester – langkah besar untuk bangunkan industri nadir bumi negara. Siap selari dengan prinsip ESG & tenaga boleh baharu.
🛡️ Radar Canggih Untuk Lindungi Ruang Udara!
Malaysia akan terima dua radar GM400α daripada Thales LAS – mampu kesan ancaman udara termasuk dron & jet pejuang.
🌐 Ekonomi Digital, Aeroangkasa & Tenaga Baharu Jadi Fokus!
MATRADE & Business France akan gempur promosi perdagangan dua hala dalam sektor strategik seperti aeroangkasa, tenaga boleh baharu & ekonomi digital.
PMX dalam lawatan rasmi ke Perancis bagi kukuhkan lagi hubungan dua hala & tarik lebih banyak pelaburan luar ✨
Malaysia makin ke depan, dunia makin buka mata!
















