PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) minta semua pihak kekal tenang dan hormat proses siasatan kes kematian tragis Zara Qairina Mahathir.
Teruskan MembacaPresiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, ingatkan orang ramai supaya elak sebar berita palsu atau buat tuduhan melulu yang boleh ganggu siasatan. Katanya, kalau melibatkan pelajar bawah umur, kaunseling dan pemulihan lebih sesuai daripada hukuman keras.
Beliau juga pesan supaya isu ini tak dijadikan modal politik, sebaliknya fokus kepada siasatan yang telus dan adil. ABIM turut sedia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan melalui Rahmah Support Team (RST) untuk beri sokongan emosi dan pendidikan adab kepada komuniti sekolah.















