Suami kepada pempengaruh terkenal, Elcah, iaitu Afi Hamri, tampil membuat pendedahan kontroversi di platform Threads berhubung kenyataan isterinya baru-baru ini yang dilihat mempertahankan penyanyi Syada Amzah.
Menurut Afi, Elcah sebenarnya didesak oleh pihak tertentu untuk memuat naik kenyataan bagi membersihkan nama Syada, yang kini dikaitkan sebagai individu ketiga dalam konflik rumah tangga mereka.
Teruskan MembacaAfi turut menegaskan bahawa beliau tidak akan membersihkan nama mana-mana pihak selagi tiada permohonan maaf rasmi dikemukakan oleh individu yang terlibat dalam isu tersebut.
Lebih mengejutkan, Afi mendakwa Syada telah menghantar mesej-mesej berunsur hasutan kepada isterinya, termasuk mendorongnya ke arah penceraian.
Beliau juga menyelar tindakan Syada yang didakwanya sering mencampuri urusan rumah tangga, walaupun hubungan antara dirinya dan Elcah masih kelihatan baik di mata umum.
Setakat ini, Syada Amzah masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.