KUALA LUMPUR: Anak lelaki kepada seorang bekas pemimpin negara ditahan selepas polis menemui dadah dalam keretanya di Lebuhraya Sprint, berhampiran Plaza Tol Damansara.
Teruskan MembacaKetua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan tangkapan lelaki berusia lingkungan 20-an itu.
Difahamkan, suspek memandu secara mengundur dengan laju dan berbahaya di Kilometer 0.6 lebuh raya terbabit sebelum polis bertindak menahannya kerana keadaan mencurigakan.
Pemeriksaan lanjut menemui sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk penagihan dadah.
Lelaki itu kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.
Sumber turut memaklumkan suspek ada dua rekod lampau berkaitan kes dadah.