PUTRAJAYA: Suasana di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT25) jadi bualan ramai apabila Bella Astillah dilihat agak kekok ketika menyampaikan anugerah kepada pelakon cantik, Sophia Albarakbah, yang memenangi kategori Selebriti Feminin Terhangat.
Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, tampil sebagai penyampai anugerah di malam tersebut, namun ekspresi wajah dan bahasa badan antara dia dan Sophia jelas menunjukkan rasa tidak selesa.
Teruskan MembacaMomen janggal itu semakin ketara apabila Bella berkata dengan nada yang sedikit sinis: “Huh… yang ini saya kenal sangat… Sophia.” sebelum menyerahkan trofi kepada pemenang.
Reaksi Bella itu pantas mengundang pelbagai spekulasi dan reaksi netizen, apatah lagi dengan sejarah antara mereka berdua. Sekitar Januari 2023, nama Sophia menjadi tular selepas didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Bella bersama penyanyi Aliff Aziz.
Bella sendiri pernah memuat naik tangkap layar perbualan menunjukkan Sophia memohon maaf dan ingin menjernihkan keadaan ketika itu.
Untuk info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024. Mereka dikurniakan dua orang anak, Ayden Adrian dan Ara Adreanna.