PUTRAJAYA: Dua rakyat Malaysia cedera dalam insiden di Jalan Ratchadamri, Bangkok, Thailand pada 7 Ogos lalu, dan kini sedang dirawat di dua hospital berasingan.
Teruskan MembacaKedutaan Besar Malaysia di Bangkok memaklumkan mereka sedang memberikan bantuan konsular secara berterusan, termasuk memantau keadaan mangsa dan pastikan mereka terima rawatan yang diperlukan.
Pegawai konsular juga membantu urusan perjalanan ahli keluarga terdekat, yang dijangka tiba di Bangkok hari ini untuk menemani mangsa di hospital.
“Kedutaan berhubung rapat dengan pasukan perubatan yang merawat kedua-dua mangsa dan akan terus pastikan kebajikan mereka dijaga,” kata Kementerian Luar Negeri.
Pihak berkuasa Thailand kini sedang jalankan siasatan penuh berhubung kejadian tersebut. Malaysia pula yakin pihak berkuasa negara itu akan kendalikan kes ini dengan telus dan profesional.
Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi beri ruang kepada siasatan.
Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila dua pelancong Malaysia cedera parah selepas diserang dan dibakar oleh seorang lelaki penganggur di kawasan Ratchadamri pada malam Khamis lalu.