KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) nak buat besar-besaran tahun ni. Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, umum sasaran baru, 20,000 siri Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) akan dianjurkan di semua 222 kawasan Parlimen menjelang hujung tahun.
Teruskan MembacaKatanya, langkah ni dibuat sebab kerajaan dah tambah peruntukan untuk PJRM bagi pastikan lebih ramai rakyat dapat beli barang keperluan dengan harga rendah.
Setakat Julai lepas, dah ada 13,060 siri PJRM dijalankan, melibatkan lebih 15.6 juta transaksi. Program ni memang jadi pilihan ramai sebab barang keperluan harian, makanan dan bukan makanan dijual 10 hingga 30 peratus lebih murah dari harga pasaran.
“PJRM ni sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah, memang fokus untuk ringankan beban rakyat. Kita nak pastikan program ni betul-betul sampai kepada golongan yang memerlukan,” kata Armizan masa sesi soal jawab di Parlimen hari ni.
Jawab soalan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, Armizan kata penambahbaikan PJRM akan dibuat dari tiga sudut tambah kekerapan penganjuran, perluas jenis barang, dan pelbagaikan model pelaksanaan.
“Daripada sasaran awal 15,360 siri, kita naikkan ke 20,000 sampai hujung Disember 2025. Kita juga akan tambah SKU baru ikut keperluan tempatan dan musim perayaan, termasuk barang sekolah, barangan basah dan keperluan pelajar.
“Kita akan buat jualan di premis, jualan di kawasan terbuka dan juga jualan bergerak,” jelasnya.