PETALING JAYA: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menyertai sesi menembak bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, dalam satu pertemuan santai yang berlangsung di Istana Mestika, Shah Alam, pada Ahad.
Teruskan MembacaMenerusi hantaran rasmi di Facebook Kerajaan Negeri Pahang, kehadiran Tengku Mahkota ke sesi tersebut adalah atas jemputan peribadi Raja Muda Selangor sendiri.
Sepanjang sesi, kedua-dua figura diraja dilihat beramah mesra sambil berkongsi minat serta kemahiran dalam sukan menembak. Selain itu, mereka turut bertukar pandangan mengenai hal-hal berkaitan negeri masing-masing dalam suasana yang cukup harmoni dan penuh hormat.
Menariknya, kedua-dua baginda juga berkongsi latar belakang pendidikan yang sama, mereka merupakan alumni Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom, salah satu institusi ketenteraan paling berprestij di dunia.
Sesi ini bukan sahaja mencerminkan hubungan baik antara institusi diraja Selangor dan Pahang, tetapi juga semangat kepimpinan dan kerjasama antara generasi pewaris takhta yang semakin menyerlah.
















