Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik di platform Threads memaparkan pasangan selebriti, Amira Othman dan Fattah Amin berada di Paris telah menarik perhatian warganet.
Dalam video berkenaan, pasangan itu dilihat mengunjungi sebuah butik jenama mewah, Dior. Tindakan tersebut mengundang reaksi negatif daripada segelintir netizen yang mempersoalkan pilihan mereka, memandangkan jenama itu dikaitkan dengan sokongan terhadap Israel.
Teruskan MembacaKecaman bertambah hebat apabila kunjungan tersebut berlaku dalam tempoh sama dengan usaha aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin. Netizen meluahkan rasa tidak puas hati, menyifatkan tindakan pasangan itu sebagai tidak sensitif terhadap situasi semasa.
Sebelum ini, Amira pernah berkongsi dalam satu sesi siaran langsung bahawa beliau berasa sukar untuk tidur selepas mendapat berita bahawa beberapa aktivis GSF telah ditahan oleh tentera Israel. Tambah memilukan, salah seorang sahabat rapatnya, Heliza Helmi, turut terlibat dalam misi tersebut.