KUALA LUMPUR: Detik yang dinanti ramai akhirnya tiba! Dua nama besar dalam dunia muzik! Datuk Seri Siti Nurhaliza dari Malaysia dan penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora kini bersatu dalam satu lagu baharu berjudul ‘Kumbang Bunga’, yang dilancarkan secara rasmi pada Rabu di semua platform digital.
Teruskan MembacaLagu ini bukan sekadar duet biasa, tapi turut menjadi lambang keindahan budaya serumpun. Dengan gabungan melodi tradisional Melayu dan dangdut moden, ‘Kumbang Bunga’ membawa mesej cinta, kesetiaan dan harapan yang melangkaui sempadan negara.
Menariknya, visual promosi lagu ini turut jadi perhatian ramai apabila memperlihatkan Siti dan Lesti dalam suasana alam semula jadi yang romantik seolah menggambarkan kisah seekor kumbang yang tetap setia pada bunganya, walau dilanda angin dan badai.
Menurut Lesti, kolaborasi ini ibarat impian yang akhirnya jadi kenyataan. “Saya memang kagum dengan Siti sejak dulu, dan dapat bekerjasama dengannya adalah satu penghormatan besar,” katanya.
Walaupun tiada pengumuman rasmi mengenai album penuh, ramai peminat percaya ‘Kumbang Bunga’ mungkin jadi pembuka jalan kepada lebih banyak projek kolaborasi Nusantara selepas ini menyatukan rakyat Malaysia dan Indonesia melalui seni dan budaya.
‘Kumbang Bunga’ kini boleh distrim di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music dan Joox.
















