Rapper dan penyair muda, Tulang Kata atau nama sebenarnya Taufiq Azhar, jadi tumpuan warganet lepas lantang kritik kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia.
Teruskan MembacaDalam beberapa hantaran di Instagram Stories, Tulang Kata meluahkan rasa tak puas hati dengan penutupan jalan dan beberapa stesen LRT sempena lawatan rasmi Trump yang katanya seolah-olah nak halang rakyat daripada turun sertai himpunan bantahan.
“Punya takut imej negara tercalar di mata Trump sampai tutup LRT Stations. 9am tutup, 4pm tutup lagi. Takut kebenaran atau takut tarif? #jilat,” tulisnya.
Tak cukup dengan itu, Tulang Kata turut menyindir Kerajaan Madani sebagai tiada maruah dan terlalu tunduk atas alasan diplomasi.
“Buta mata, buta hati, buta perut kalau tak nampak Trump tengah ‘nganjing’ kita semua dengan aksi cringe dia tu,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Tulang Kata bersama Gerakan Gabungan Anti-Imperialis (GEGAR) dilapor terpaksa ubah lokasi himpunan bantahan mereka akibat sekatan keselamatan sekitar ibu negara.
Namun, tindakan rapper itu mengundang pelbagai reaksi. Ada yang setuju, tapi ramai juga yang rasa Tulang Kata keterlaluan dan seolah-olah tak tahu cerita sebenar.
Seorang pengguna X (Twitter) yang mengaku sebagai juruteknik LRT, @the_nuaaa, tampil membetulkan dakwaan tersebut:
“Aku technician LRT Kelana Jaya line. Ko punya statement salah. Takda kaitan dengan Trump.”
Ada juga yang nasihat Tulang Kata supaya fokus pada dunia muzik dan tak terlalu terlibat dengan isu politik.
“Better fokus dengan dunia rap je kot, takyah nak borak politik kalau tak tau sebab apa gov buat macam tu,” tulis @mirolgunther.
Walaupun niatnya mungkin nak bersuara tentang keadilan dan solidariti, tapi nampaknya ramai rasa cara penyampaian Tulang Kata agak kasar dan boleh timbul salah faham.
Mungkin lepas ni, lebih baik dia ‘turun beat’ dalam lagu, bukan dalam politik.
















