Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan buku terbaharu beliau bertajuk Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times yang mengupas isu-isu dunia dalam era yang disifatkan sebagai ‘Zaman Pascanormal’.
Teruskan MembacaBuku setebal 240 halaman itu memuatkan pelbagai pandangan dan luahan pemikiran Anwar tentang keadilan sosial, usaha pembaharuan serta perubahan besar yang sedang melanda dunia hari ini.
Apa yang lebih menyentuh hati, Anwar mengumumkan bahawa 100 peratus royalti hasil jualan buku tersebut akan disalurkan kepada pelajar miskin di seluruh negara.
“Setiap sen hasil jualan buku ini akan dikembalikan kepada pelajar yang memerlukan,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran yang berlangsung di Bukit Jalil.
Untuk makluman, buku ini turut dipasarkan di peringkat antarabangsa menerusi tiga penerbit besar dunia iaitu Hurst London untuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat, Penguin bagi Asia, serta Hong Kong University Press untuk China dan Asia Timur.
Pada majlis sama, Anwar juga sempat meluangkan masa menyapa orang ramai, bergambar dan menandatangani puluhan naskhah buku yang dibeli peminat sebagai tanda kenangan.
Buku tersebut dijangka menjadi antara bacaan pilihan pengkaji politik dan pembaca umum kerana menghimpunkan pandangan mendalam tentang perubahan geopolitik, isu sosial dan keperluan reformasi dalam dunia yang semakin mencabar hari ini.
















