Penyanyi Aliff Aziz sekali lagi buat netizen sebak bila dia kongsi video cover lagu sambil selit gambar manis bersama dua anaknya di Instagram.
Teruskan MembacaDalam posting tu, Aliff bawakan lagu Andai Benar Takdir Ini Yang Tertulis, dan video itu disunting dengan momen manja dia bersama Ayden Adrian dan Ara Adreanna. Jelas kelihatan, dia rindu gila nak luangkan masa dengan anak‑anaknya walaupun kini kesibukan dan jarak memisahkan mereka.
Caption Aliff juga cukup touching:
“Andai benar takdir ini yang tertulis buatku, sejujurnya sukar untukku berdamai dengannya…”
Reaksi netizen macam-macam, ada yang rasa sebak sama, ada yang nasihatkan dia cari masa jumpa anak-anak lebih kerap, bukan sekadar luah perasaan di media sosial.
Untuk rekod, Aliff pernah berkahwin dengan penyanyi Bella Astillah sejak 2016 dan mereka bercerai pada Jun 2024. Dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden (8 tahun) dan Ara (5 tahun). Anak-anaknya jelas tetap jadi keutamaan walaupun hubungan dengan bekas isteri kini berbeza.
Walaupun video ni ringkas, ia berjaya tunjuk sisi lembut Aliff sebagai seorang bapa yang rindukan anak-anak. Memang nampak jelas, walau sibuk macam mana pun, momen manis dengan si kecil tetap dia hargai.
















