KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 596 kes baharu penyakit tuberkulosis (tibi) direkodkan sehingga Minggu ke-6 tahun 2026, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 3,161 kes di seluruh negara.
Teruskan MembacaMengikut statistik semasa, Sabah mencatat jumlah kes paling tinggi dengan 755 kes, diikuti Selangor sebanyak 596 kes dan Sarawak 332 kes. Negeri lain yang turut mencatat kes termasuk Johor (280), Kuala Lumpur dan Putrajaya (244), Kedah (181), Pulau Pinang (172), Perak (154) serta Kelantan (121).
Menurut KKM, peningkatan kes tibi ini bukan disebabkan oleh bulan Ramadan. Sebaliknya, aktiviti berkumpul dan interaksi yang lebih kerap dalam kalangan masyarakat sepanjang tempoh ini boleh meningkatkan risiko penularan penyakit.
KKM menjelaskan jangkitan tibi lebih mudah berlaku jika seseorang berada lama di kawasan tertutup, sesak dan kurang pengudaraan, terutama jika terdapat individu yang menghidap tibi aktif tetapi belum mendapatkan rawatan.
Orang ramai dinasihatkan supaya terus mengambil langkah berjaga-jaga seperti menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin, memakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak serta segera membuat pemeriksaan kesihatan jika mengalami batuk berpanjangan lebih dua minggu.
KKM turut mengingatkan bahawa rawatan awal sangat penting bagi mengelakkan penyakit menjadi lebih serius serta melindungi orang sekeliling daripada jangkitan.
















